|
Syabas atas kejayaan
Jawatankuasa Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
kerana berjaya membina Laman Web SEMUKHSIN. Saya mengucapkan
terima kasih kerana diberi ruang untuk menurunkan sepatah dua
kata sempena kejayaan itu.
Dalam zaman ledakan maklumat
ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam menguasai ilmu
amatlah diperlukan. Kita tidak harus ketinggalan dalam era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Laman web merupakan
salah satu perantara ICT di mana maklumat yang berkaitan dengan
sekolah dapat disalurkan.
Usaha ini adalah sejajar dengan
matlamat melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang
mulia dan mampu memberi sumbangan positif kepada keluarga,
masyarakat dan Negara. Maklumat yang disalurkan melalui laman
web mampu menjana pemikiran dalam menjangkau konsep globalisasi.
Namun harus diingat agar laman
web tidak disalahgunakan dengan menyebarkan maklumat yang
berunsur negatif. Langkah yang sewajarnya hendaklah diambil
untuk menyekat perkara tersebut daripada berlaku. Bagi pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, segala usaha yang murni ini
adalah disokong sepenuhnya. Kementerian akan memberi kerjasama
untuk kebaikan bersama.
Sesungguhnya kecemerlangan
negara banyak bergantung kepada usaha semua pihak. Para pelajar
dan guru adalah tempat tumpuan harapan untuk merialisasikan
masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Selamat mengendalikan Laman Web
SEMUKHSIN, terima kasih.
|