Welcome to Semukhsin website
                                      SELAMAT MENGUNJUNGI LAMAN WEB SMK ENGKU HUSAIN                                                      اهلا وسهلا ومرحبا بكم  

Dari Meja Kauselling

Kata Aluan
Logo Kerajaan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
logo kpm
 DATO' DR. HJ. AHAMAD B SIPON
Ketua

 

Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Syabas dan sekalung tahniah diberikan kepada Jawatankuasa kerja Pembinaan Laman Web dan seluruh warga SMK Engku Husain atas kejayaan membina lamab web sekolah ini.

Dalam gelombang baru untuk memperkasakan sekolah-sekolah di Malaysia khususnya sekolah kebangsaan, agenda melahirkan pelajar celik IT merupakan satu daripada cabaran yang harus digalas oleh semua pihak terutama pihak sekolah dengan sokongan padu Kementerian Pelajaran. Maka kejayaan membina laman web sekolah ini membuktikan warga SMK Engku Husain tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia IT dan sekali gus menyahut cabaran tersebut.

Kejayaan membina laman web di sekolah-sekolah di harap dapat menjadi pemangkin kearah teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti, menaik dan berkesan. Seiring dengan itu hasrat Malaysia untuk mempunyai sistem pendidikan yang berupaya membangunkan modal insane yang berkebolehan dan mampu berfikir secara kritikal dan rasional, mudah-mudahan tercapai. Melalui laman web yang dibina diharap modal insane kelas pertama akan dapat dilahirkan kerana manusia yang berilmu adalah manusia yang mulia.

Sesungguhnya harus diingat agar kemudahan laman web ini tidak disalahgunakan dengan menyebarkan maklumat yang boleh merosakkan. Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk mencari dan menambah pelbagai ilmu pengetahuan, membuka jendela minda seluas-luasnya dan seterusnya dapat membina jati diri yang tulin.

Akhir kata, kepada semua warga SMK Engku Husain diucapkan selamat maju jaya dan berusahalah dengan lebih gigih serta bukalah minda supaya sedar tentang kepentingan ICT dan menjadikan diri masing-masing mesra IT.

Sekian, Selamat Mengendalikan Laman Web SMK Engku Husain.

 

                                                                 
 
 

AKHBAR HARIAN

INFO-ONLINE
Langat Dot Net
hariguru.jpg
cdri
webtvp
jadual TV pendidikan
sms sekolah
Smartpen
learning management
Search this site or the web powered by FreeFind

Site search
Web search

© 2007 Hakcipta Terpelihara SMK Engku Husain 
Disediakan oleh : Jawatankuasa Laman Web Semukhsin dengan kerjasama
Bijak-IT Dot Com

This site is optimized for FLASH 5  and IE 5.0 or above

Last Updated Tuesday, April 22, 2008 11:25:31 AM

Designed by : Bijak-IT Dot Com Webmaster : Bijak IT Dot Com